Monday, January 10, 2011

MuSLiM pLAYBOY,MusLImAH PlaygirL

              Assalamualaikum....

               Diruang ini aku ingin berkongsi sedikit cerita yang telah

aku baca sebentar tadi.

Niatku bukan untuk menyakiti

atau pun menunding jari kepada sesiapa...

 Disini aku ingin memohon seribu kemaafan,jika cerita yang aku

coretkan ada kaitan dengan anda....

       Pada hari ini aku telah membeli majalah  I LOVE ISLAM

             Setelah aku membelek majalah tue, mata aku telah tertarik dengan article yang telah di tulis oleh

   SOFIAN RESALI....

          ERmmm,,agak2nya ape tajuk yg telah menarik ku untuk berkongsi bersama.????

     Mula2nya pelbagai persepsi terhadap tajuk itu sebelum,aku membaca setiap patah perkataan...

                       MUSLIM PLAYBOY,MUSLIMAH PLAYGIRL

                        Ape yang telah anda paham tentag tajuk nie???ermmm

          Pelik tapi x mustahil,
       Selalunya gelaran playboy diberikan kepada mereka yang terlalu sosial...

     kebiasaanya,playboy diberikan kepada lelaki yang ade wajah yang tampan dan juga kacak..

                playgirl pula untuk wanita  yg mempunyai wajah yang cantik serta mengoda..

            TAPI TAK MUSTAHIL....JANGAN TERKEJUT

Tapi ade SESETENGAH(maksud aku bukan semua,so jgn salah paham pla ekkk) muslim dan muslimah yang punyai didikan agama terjebak dengan playboy n playgirl nie,..
                                             
  TAPI AWAS!!!!!!
                                            
                                              
Pergerakan mereka sukar dikesan

         MEREKA BIJAK MENUTUR KATA ISLAMIK

   semata-mata menarik minat golongan HAWA untuk cair hatinya kepada empunya diri

 MEREKA BIJAK MEMANIPULASIKAN  ILMU AGAMA YANG 
TAPI AKU AMAT TERTARIK DENGAN AYAT PENULIS NIE

                 "      MEREKA MUNGKIN TIDAK KELUAR DATING..

MALAH JARANG SEKALI BERJUMPA..MUNGKIN ITU 


DIANGGAP SEBAGAI CINTA ALA

        ISLAM

...NAMUN DI SEBALIK SEMUA ITU TERSIMPAN PELBAGAI 

RAHSIA YANG TIDAK

DIKETAHUI ORANG LAIN..."



sampai disini dulu yang mampu aku tulis,,,,sebenarnya cite nie blom habis lg,,,tp dah penat menaip..mata pon 

dan nak pejam....
aku hanya menulis,kesahihanya,jawapn terletak ditangan anda

  wasalam

Sunday, January 9, 2011

AKAL DAH IMAN




Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..
Akal : Assalamualaikum, sahabat.
Hati : Waalaikumussalam...
Akal : Apa khabar iman anda?

Hati terdiam...
Akal bertanya sekali lagi.
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati : Kurang sihat mungkin.
Akal : Mengapa?   
Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...
Akal : Dia yang mana, sahabatku?
Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..
Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.
Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.
Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.
Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.
Akal : Apa makna cinta?       
Hati : Kasih dan sayang.
Akal : Bagiku cinta itu gila.
Hati : Mengapa pula?
Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?
Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.
Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?
Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.
Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.
Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?
Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi...
Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?
Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?
Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..
Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk...
Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...
Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...
















Apa nak jadi dengan manusia,
semua benda nak kongsi bersama,
air segelas minum berdua,
konon setia katanya.

Yang lagi dahsyat,
berjalan kemana-mana pun nak berdua,
dah macam tak ada orang lain kat dalam ini dunia,
macam belangkas sentiasa berdua.   
                               
Inilah bahana orang bercinta,
bercinta tapi tak tau apa itu CINTA.
Inilah sekarang punya remaja,
maaf andai terkasar bahasa,
bukan mengutuk bukan mengata,
semuanya realiti benar belaka.

Ada yang kata cinta itu buta...betul ke?
Kalau buta dimana matanya?
Ada yang kata cinta itu gila...
macam-macam pengertian remaja,
pening kepala dibuatnya.

Lagi teruk yang kata cinta itu untuk sementara,
untuk buat suka-suka,
untuk seronok-seronok saja.
Ada yang kata cinta itu,


C  - cinta
I  - itu
N - nikmati
T - tubuh
A - anda 

tak ke melampau namanya?!


Manusia manusia...


Muda-muda dah gatal nak bercinta,
konon dah cukup remaja,
tapi makan pakai pun mak bapak yang jaga,
dah tak tau nak cakap apa,
kalau ditegur bukannya nak dengar kata,
bila nasihat ada-ada saja jawapannya..
darah muda... macam tu la gayanya...


Mula-mula kenal sms dan chat saja,
bila dah lama kenal mulalah ajak berjumpa
dari berkawan jadi bercinta.


Bila dah bercinta...
Bila dah bercinta macam2 ragamnya,
sesaat tak berjumpa macam setahun lamanya,
itulah kata-kata manis si dia.


Bila berjumpa nak berdua aja,
konon nak privasi katanya,
dia tak tau ada orang ketiga,
yelah benda tak nampak di mata.


Mula-mula bercinta semua cantik di mata,
yang panas pun sejuk katanya.
Manusia manusia...


Inilah permainan dunia...
benar kata orang cinta itu buta,
tapi kalau buta dimana matanya...
Inilah yang buat aku tertanya-tanya.


Cinta tidak akan datang kalau tak dicari,
cinta takkan dapat kalau tak diberi...
Betul ke?
Sukar untuk aku percaya...
Tapi inilah hakikatnya.
Mind is the greatest gift,
gunakan lah sebaiknya.
Cintailah Yang Maha Mencintai...

KataKan Tidak.......

SALAM...




aku nie bukan la bagus sangt kalau nak cakap pasal cinta nie...


TAPI ADE APE DENGAN CINTA???

kadang-kadang kite terlalu leka dengan cinta sampaikan 

kite terlupa kepada siapa yang sepatutnya kita cinta....

KORANG TAHU SAPE SEPATUTNYA KITA CINTA ?
                                                     

                                                         TEPUK DADA TANYA IMAN


Dapat Anak Buah Baru

Salam......
       Aku happy sangat cuti nie dapt tgk my new son
      ooooopppps anak kak aku le...

      sweet sangt,muka cam maksu die la...hehehe..comel...(mood prasan)
      
           the best thing ,aku dah pandai dukung baby

     mula-mula tue mcm kekok jugak nak pegang tp dah cube 

     dukung,,best...sangat

    tp aku ade habit sikit kalu jumpa baby nie

   aku suka bau baby yang masam..bagi aku wangi kalau bau baby tue..
.
   kadang-kadang baby tue sampai rimas ngan aku....


                                                  AQILA MAISARA TUNGGU ACU BALIK EK..MIS U...